Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, January 29, 2011

Maafkan Aku...

Bismillah..Assalam...

Kiranya........dugaan buat aku tak berhenti setakad itu saja....kali ini aku benar2 diuji lagi, ujian bertimpa2........apakah dia..."Biarlah Rahsia"........biarlah aku sendiri yang tahu dan biar aku yang telan segalanya, nak bercerita pada sahabat? pada kawan2 di luar sana atau di sini?......tidak sesekali rasanya...cukup, cukuplah.......ku hadapi sendiri....dan aku harus pergi.....

Oleh kerana itu....aku rasa buat masa ini aku akan berehat sebentar dari berblog...sehingga segalanya reda dan perasaan aku kembali pulih...insyallah aku pasti menziarahi teman2 semua walaupun buat sementara waktu ini aku berehat dari menulis.
Hanya pada DIA tempat aku mengadu,yang tidak pernah memalingkan wajahNYA dariku..yang tidak pernah membenciku....yang sentiasa sedia mendengar pengaduan dan setiap permohonanku.

Dikesempatan ini ....aku ingin memohon ampun dan maaf pada sesiapa saja....teman2 blogger......silent riders atau sesiapa saja yg rajin singgah mengintai2 apa aktiviti yang aku lakukan di sini..aku memohon ampun dan maaf jika sekiranya ada entry2 aku yang sebelum ini menyinggung mana2 pihak tanpa sengaja dan disengajakan...aku hanya insan biasa yang serba kekurangan...kadang2 bila tertekan, di sini tempat aku luahkan segalanya tanpa aku sedar ada hati2 yang sakit atau marah dengan tulisan aku...maafkan aku sekali lagi...maafkan aku, maafkan aku, maafkan aku...

Insyallah aku akan terus berblog.......kerana di sinilah dunia aku................cuma aku akan lebih berhati2 agar tidak menyinggung mana2 pihak..terimakasih pada seseorang yang telah mengingatkan kesilapan yang aku lakukan.........terimakasih pada semua teman blogger yang memahami dan sentiasa memberi kata2 semangat buat aku selama ini..muga kita bertemu lagi andai ada keizinanNYA...insyallah.

~Andai ada sumur di ladang
boleh hamba menumpang mandi
andai ada umur yang panjang
pasti kita bersua lagi~

~sayang kamu~

Tuesday, January 25, 2011

Hati Seorang Mak...

Bismillah..Assalam..

Bila aku jadi seorang ibu, baru aku tahu bagaimana hati seorang wanita yang bernama mak, aku adalah anak ke 5 dalam keluarga seramai 9 orang dan anak perempuan yang sulung, aku ada 4 orang abang, 2 orang adik lelaki dan dua orang adik perempuan...orang2 dulu anak seramai 9 orang taklah dianggap besar kalau dibanding zaman sekarang..

2 Jan 2011.. selepas rumahku dimasuki pencuri..aku memberitahu adik beradikku tentang kejadian malang yang menimpa aku..nak bagitahu mak rasa serba salah pulak takut mak susah hati..tapi kalau tak bagitahu tentu mak terasa hati kerana merahsiakan kejadian itu dari pengetahuannya...

Bila mengetahui kejadian yang menimpa aku..hati mak meronta-ronta nak menziarahi aku,,,maklumlah aku sebatang kara di tempat orang...adik beradik tiada....saudara mara jauh sekali...mak nak datang dengan apa? mak ajak anak2 lain yang berkereta, semuanya sibuk bekerja dan ada hal masing2...mak sanggup nak naik bas nak datang sini tapi aku tak benarkan..tak sampai hati tenguk dalam usia begitu turun bas naik bas semata2 nak menziarahi aku...

Aku tahu apa yang tersirat dalam hati mak...memanglah aku dan anak2 tak apa2..kami ok2 saja...aku tahu mak risau aku tkde duit nak buat belanja...mak takut aku terasa hati sebab tak datang melawat aku bila aku ditimpa bencana....dalam hati aku sekumanpun tak rasa kecik hati atau pun nak merajuk sebab mak tak melawat aku..dulu masa aku masuk wad sebab demam denggi susah payah mak datang naik bas...cukuplah..aku tak mahu susahkan mak lagi.

Semasa sedang menaip entry ini aku berhenti sekejap...aku call mak..mak masih cakap benda yang sama..."mak nak datang sana (umah aku) tak de sape nak bawakkan..., mak ingat nak naik bas je..." "Tak pe mak..tak yah susah2..dah tak apa2..ok jer.., duit belanja budak2 ni ada..., pintu dah ada dua kunci mangga.......dari dalam pun dah halang dengan kayu..jadi orang dari luar tak boleh nak tolak pintu tu, sekarang ni alhamdulillah tidur pun dah nyenyak..tak lah asik terjaga macam baru2 kejadian tu dulu"

Aku rasa dengan penjelasan aku itu mak akan merasa lega dan tak lah bimbang keselamatan kami anak beranak...itulah hati seorang mak..sama mcm aku..dulu bila anak perempuan aku yang sorg itu mengadu takde duit...hati aku yang marah pun sertamerta cair dan jatuh kesian kat dia...walaupun rasa marah masih bersisa namun kerana dia anak dan hati seorang ibu tidak tergamak melihat anak2nya dalam kesusahan...

Bagiamana pula anak2..sanggup tak melihat ibunya dalam kesusahan? aku tak sanggup..tapi aku tak mampu nak beri kesenangan pada mak dan abah aku...yang aku mampu hanya menjaga hati mak dan abah aku dan sentiasa mendoakan meraka agar berbahagia di dunia dan akhirat.

Sunday, January 23, 2011

Pilunya melihat si kecl ini..

Bismillah..Assalam.

Petang tadi aku dapat juga menziarahi cucu sahabat baik aku di Hospital Sg Buloh..inilah pertama kali aku sampai di hospital yang sungguh canggih ini...menurut kata seorg kenalan yang menetap di Sg Buloh..hospital Sg Buloh merupakan hospital yang terbaik dan tercanggih di Asia Tenggara...betul ke...?

Fayyadh Danial yang baru berusia 48 hari...

Sampai di wad kanak2 aku sempat melihat beberapa situasi yang agak memilukan..suara tangisan dan jeritan kanak2 yang sedang kesakitan kedengaran di sana sini....lebih pilu hati aku bila lihat bayi ini...tak sampai hati nak tenguk kat bahagian kepala yag sudah dibuang nanah@lendir tersebut..masa nak ambil gambar ni aku dah mintak izin ibunya..tapi tak tergamak rasa nak buka kain yang menutup bahagian kepala yang telah dibedah.

Apalah yang si kecil ini tahu..menangis bila rasa sakit...tapi matanya bergerak2 bila si nenek memanggil2 namanya, keadaan bayi ini sudah agak stabil.....mudah2an Fayyadh Danial akan sembuh seperti sediakala dan membesar dengan sihat...mohon doa dari sahabat2 yang singgah membaca entry ini...agar Fayyadh Danial segera sembuh...Insyallah.

p/s Jika kau rasa getarnya...

Suka, duka...bahagia dan derita..

Bismillah..Assalam.

Cute tak pic baby kat bawah ni, mata sepet macam anak Jepun, geramnya aku tenguk.....ini anak saudara seorg ofismate......baru 3 hari dilahirkan...bahagianya ibu dan ayah si comel ini menyambut kehadiran orang yang dinanti2kan.. Mudah2an baby ini kelak akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

Setiap bayi yang dilahirkan adalah anugerah terbesar buat ibu dan ayah...

Berlainan pula dengan kisah anak sahabat karib aku ini...setelah hampir 2 tahun menanti kehadiran seorang cahaya mata..akhirnya sebulan yang lepas dia selamat melahirkan seorang bayi lelaki..semasa dilahirkan dia dalam keadaan normal dan sihat..

Tapi segalanya diluar kemahuan ibu dan ayahnya, kira2 2 minggu lahir di dunia bayi tersebut didapati mempunyai lendir di kepala..sudahpun menjalani pembedahan minggu lepas...namun masih lagi dalam pengawasan doktor dan kini berada di hospital Sg Buluh.

Insyallah sekejap lagi aku akan melawat ibu dan bayi tersebut yang merupakan anak dan cucu kepada sahabat baik aku....., tak tahu macam mana perasaan aku nanti bila lihat bayi sekecil itu menanggung kesakitan..aduhai.....tak sanggup rasanya......mudah2an bayi yang baru ingin mengenal dunia ini akan pulih dari penyakit dan derita yang ditanggungnya...Insyallah.

Saturday, January 22, 2011

Akhirnya dia ku miliki walaupun sementara...

Bismillah..Assalam...

Bagaimana harus ku hindari
Rasa cinta yang hadir
rasa yang datang bersama
rindu dendam yang terlalu
patutkah aku membiarkan
diri sendiri menjeruk rasa
hingga penghujung masa atau
membiarkan bunga cinta layu
sebelum waktunya..


Hah! jangan salah faham pada tajuk dan puisi kat atas ni...gimmik je tu...langsung takde kene mengena dengan entry aku kali ini....

Sebenarnya aku cuma nak share hobi aku.....Salah satu hobi waktu lapang aku ialah membaca novel..sejak kebelakangan ini aku lebih suka membaca novel berunsur Islami..bila baca novel2 macamni banyak pengetahuan berguna yang kita boleh dapat....tapi rasanya dah agak lama aku tak beli novel...budget untuk beli novel terpaksa di 'cut' kerana belanja sekolah anak2 lebih penting..

Namun...alhamdulillah..akhirnya dapat juga aku miliki dua novel yang aku cari2 selama ini...memiliki bukan bererti aku membeli tapi diberi pinjam oleh officer aku di pejabat..kebetulan dia juga peminat tegar novel.. bila dia memborong novel....aku pasti diberi pinjam...ok lah sangat2...walaupun novel ini telah lama berada di pasaran.

"Ketika Cinta bertasbih" episod 2..episod 1 telah lama aku habiskan bacaannya...juga dipinjam dari officer aku yg baik hati itu....tak sabar nak mulakan membaca kerana nak tahu kesudahan cerita menarik ini...tapi mood untuk membaca belum terbuka lagi jadi aku peram dulu sehari dua..

Manakala "Bagaikan Puteri" adalah siri pertama dari cerita "Cinta Sang Ratu"karya Ramlee Awang Murshid...aku dah baca cerita "Cinta Sang Ratu" lepas tu baru tahu cerita itu adalah kesinambungan dari cerita "Bagaikan Puteri"takpe lah yang penting aku dapat juga baca kedua2 novel ini.

Kalau dah mula membaca dalam sehari dua pasti habis kedua2 buah novel ini..."La Tahzan" baru baca setengah...bagaimana pula AlQuran...insyallah tetap jadi bacaan wajib aku......sekarang aku sedang ABC jadi dapatlah aku hadap dua2 novel ni....

Friday, January 21, 2011

Jumaat yang Barakah..Rezeki hari Jumaat.

Bismillah...Assalam..

Hari ni dah 21hb...sekejap je dah nak masuk sebulan tahun baru 2011 ni kan...cepatnya masa berlalu..dan kita pun semakin tua...bila rasa dah tua barulah ingatkan kematian..padahal mati tak kenal tua atau muda, so perbanyakanlah bekalan untuk ke Sana nanti......peringatan untuk diri aku juga sebenarnya...

Tengahari tadi tak de idea nak masak apa..teringat daging baru beli kata pasar malam semalam..anak2 suka makan daging masak kicap...so itu saja yg terfikir untuk aku sediakan dalam masa 1.30 jam waktu rehat tak campur waktu solat zuhor..

Tadaaa....inilah daging masak kicap+sos tiram yg sempat aku sediakan tengahari tadi..alhmadulilah daging pulak lembut...sukernya Abdullah Zaki....ibuuu...sedapnyaaaa.....tenguk tu...Sampai naik juling mata dia.....hahahahaha...anak bungsu aku ni demam hari ni...pertama kali bercuti sejak sekolah dibuka..doktor pesan kalau tak ok kena check darah...sekarang ni macam2 penyakit..hingga petang tadi aku tenguk Abdullah Zaki dah tak panas lagi..selera makan pun ok.
Alhamdulillah...mudah2an demam dia akan pulih sepenuhnya.
Pagi tadi sorg ofismate bawak banyak pisang emas dibawa belayar..aku ambil beberapa sisir..hajat hati pagi esuk nak buat jemput2 pisang...tp terdengar pulak beberapa org kwn bersuara........."sedapnya jemput2 pisang...alaaa....kalau esuk tk merasalah sebab esuk kan cuti"..tak sampai hati...sambil2 masak daging kicap aku bancuh juga jemput2 pisang ni...sebelah dapur masak daging sebelah dapur lagi goreng jemput2@cekodok pisang ni..

Nah..ni dia..sebelum pukul 2 petang tadi aku dapat siapkan dua menu ini..satu untuk anak2 dan satu lagi untuk kwn2 kat opis...puas hati rasanya dapat tunaikan hajat kawan2...mudah2an rezeki kawan aku yg bawak pisang itu murah dan rezeki aku dan anak2 juga melimpah luah...aminnn...

Jumaat yang sangat Baraqah..segala puji-pujian dan syukur kepada Maha Pemberi Rezeki yang mengurniakan rezeki buat kita dan Salawat dan Salam buat Junjungan Baginda Rasulullah SAW.

Thursday, January 20, 2011

Bila Kita Cuti Org lain Bekerja...

Bismillah...Assalam..

Hari ini beberapa negeri di Malaysia cuti umum..termasuklah Ngeri Selangor, bukan Negeri tumpah darahku tapi Negeri tempat aku mencari rezeki dan tumpang berteduh..tapi biasalah aku....bila ada keja2 yang tak siap, hati aku asyik teringat tempat keje..siap berkemas dan memasak apa yang patut, aku ke tempat keja..

Sementara nak buka pintu ofis aku dah terdengar suara telefon menjerit2 minta diangkat..weh...diaorang ni tak tahu ke harini Selangor cuti!! aku abaikan je jeritan2 telefon tersebut walaupun agak menganggu...tapi bila dah ulang kali berbunyi sudahnya aku angkat juga..

"Assalamualikum.."
"Hello....tak de org ke...dah berpuluh kali saya call...semua org tak buat keje ke.."

Adoi...berdesing telinga aku..tak sempat aku nk cakap apa2..pung pang pung pang..suara sebelah sana menjerit..

"Dari pagi tadi sy call, ni baru nak jawab... sy nk tanya pinjaman emergency saya ni apa cite?"

"Maaf encik...hari ni kan Negeri Selangor bercuti...saya sorg saja yg bekerja..kalau tanya saya pun saya tk boleh jawab sebab semua maklumat kat tingkat atas.." alahai..lembut gigi dari lidah aku menjawab...

"Oooo..patutlah...sorry ye"

Pap!!...tak sempat aku nak cakap apa2 dia dah letak gagang...

Tu lah..lain kali nak sembur org tanya dulu...jangan main sembur tanpa usul peksa..kan sendiri dah malu...nasib baik aku tak nampak muka dia..mesti merah padam sebab malu...apa salahnya cakap dengan berhemah dan berbudi bahasa...bukankah bahasa jiwa bangsa...dan Bangsa Melayu memang terkenal dengan budi bahasa dan sopan santunnya.!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...