Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Friday, January 30, 2009

Cuba Teka


Kawan-kawan semua...jgn terkejut tguk gambar kat atas ni...kalau singgah kat blog kamezaim akan ternampaklah gambar ni..eksen dia dah letak gambar tu kat blog dia.
idalara amik dari blog kamezaim...saja nk test,uji kawan-kawan semua..cuba teka yang mana satu kamezaim..siapa yang berjaya teka dapat hadiah penginapan dua hari tiga malam kat rumah sendiri...hahaha..teka jgn tak teka..jangan tanya kat kamezaim..tak aci..kamezaim jangan bgtahu pulak...

I Hope...I Wish...

I hope that you wake up tomorrow morning
with a big smile on your face.
I hope that the sun is shining just for you
I hope that the day is filled with lovely
surprises and everything goes your way.
I hope you can enjoy all you do..
And you can laugh and talk to your heart content
I really hope that your weekend is full off
laughter and love
I wish that you have a beautiful weekend
My dear friends...

Si Kura-Kura Comel



Kalau tera bela ikan laga yang cute miut mcm tera..anak2 idalara pulak bela seekor kura2 comel..sbnrnya kura2 ni bukan anak2 idalara beli..tapi menurut kata mereka (setelah idalara soal jawab,soal selidik,soal siasat)mereka jumpa kura2 comel tersebut kat atas bangku di taman permainan dekat rumah idalara..masa jumpa siap dgn makanan dan tempat tinggal sekali...bila jumpa je kura2 comel ni anak2 idalara tunggu gak dalam stgh jam..kot2 tuan yang empunya kura2 ni datang nak ambil kura2 dia..tp sampai 1 jam takde siapa pun datang ambil..kesian kura2 comel tu..so..anak2 idalara pun bawa balik..mula2 idalara bising gak..tp bila dpt penjelasan diaorg idalara percaya dan biarkan kura2 comel tu jadi penghuni tetap kat rumah idalara..takpe..asalkan bukan manusia yang anak2 idalara bawa balik..hehehe.

Hati Aduhai Hati

Biasa kalau kita dengar org kata...anak kamu ni kurang darah..nak tambah darah makanlah hati ayam atau hati lembu...maka kita yang nak tambah darah anak pun bergasaklah beli hati ayam atau hati lembu nak bg anak2 makan..kononnya hati2 tersebut boleh menambah darah anak2 atau darah kita sendiri....(bukan tambah darah kita tp naik darah.)
Para doktor telah diberikan ilmu iaitu hati ayam atau lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh.
Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains iaitu mafhumnya lebih kurang begini "janganlah kamu makan organ dalaman" walaupun Nabi SAW berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makruh,dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.
Organ dalaman selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Paru
3. Jantung
4 Perut
5. Hempedal
6. Buah Pinggang
7. Telur ayam yang belum keluar dr perut ayam
8. Telur ikan.
Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sgt diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini..Mana yang anda pilih..Sains atau pesanan Nabi Muhammad SAW.
Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah,malah memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNYA saja yang tahu dengan tepat.
Kepada ibu bapa di luar sana ..kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak2 dan diri kita sendiri dengan memberi makanan yang sama sekali tidak sepatutnya dimakan oleh anak2 dan kita. Renung-renungkan.

Hmmmmm...Manisnya Dia



Mesti sape yang tguk pic kat atas tu terkecur..terliur..termeleleh air liur ndak2 c kamezaim tu....hehehe..saje je petang2 ni nak bg kauorg kecur..haaa..ni lah buah favourite idalara...limau sunkist..anak2 panggil buah oren..apa2 aja lah..mst semua tahu khasiat limau sunkist ni kan..mengandungi bnyk vitamin c untk kulit dan untuk pecah lemak..mengikut fakta yang idalara baca, kila buah ini diambil dgn kuantiti yang mencukupi ia boleh 'memotong' kolestrol jahat yang ada dalam tubuh kita..(ada kolesterol baik ke..?)Idalara akan mengambil limau sunkist ini selepas makan tengahri atau bila2 idalara rasa teringin nk makan..Idalara memang pakar memilih limau sunkist ni..dalam 100 kali beli mungkin sekali dua je yang terkena masam..selebihnya mesti manis..semanis idalara..hehehe...(kamezaim jgn kutuk..iyera..jgn senyum..tera jangan gelak..)
Bagus diambil..sesuai untuk seisi keluarga...kalau rajin boleh juga di blend dan di minum jusnya...hmmm...best.

Aku Bebas..Aku Merdeka..


Dua minggu..aku terseksa sgt..dua minggu aku rasa kehidupan peribadiku digugat..
dua minggu..aku rasa seperti terpenjara di rumahku sendiri..dua minggu..aku rasa seperti tiada kebebasan di mahligai indahku...
Semuanya gara2 adik lelaki bungsu ku yang berumur 26 tahun menumpang tinggal di rumahku..bunyinya mcm aku di seksa..bunyi seolah2 aku ni kejam sgt kerana terlalu berkira bila adik menumpang di rumahku....mcmne aku tak rasa sebegitu..segala pergerakkn ku terbatas..pemakaianku di rumah tiba2 jadi terlalu formal...
nak bersantai2 di depan tv memegang remote pun tak boleh aku lakukan..walaupun dia adikku sendiri tp asal bernama lelaki aku rasa tetap asing...aku rasa janggal sgt...mgkin kerana tiada lelaki dewasa lain dlm rumah selain anak2 lelakiku yg masih kecil...
Tapi sekarang aku bebas..aku merdeka..aku bahagia..bila adik lelakiku berpindah keluar dan menyewa bersama rakan2nya...kehidupan peribadiku kembali jadi normal..
aku bebas di rumahku sendiri..aku bahagia dgn cara hidupku..
Adik2 di luar sana..fahamilah..jgn diganggu kakak atau abgmu yang telah berkeluarga..
belajarlah hidup sendiri...belajar berdikari...berilah ruang kepada mereka untuk menjalani kehidupan berkeluarga...mengertilah...

"terkadang kita terpaksa berlaku agak kejam untuk mencorak kehidupan kita sendiri"

Wednesday, January 28, 2009

Maafkan Aku Teman


Dari semalam hati idalara rasa mcm tak sedap sangat..terbawa2 hingga ke malam hingga nak tidur..mng susah nak tidur..sampai pukul 2 pagi masih terkebil2 pndg cicak kat syiling..deria rasa idalara memang kuat..pasti ada sesuatu yang tak kena..pasti ada seseorang yang sedang marah kat idalara..
Betul...bila idalara tguk kat blog sahabat idalara ni..idalara rasa dia marah kat idalara..mungkin gurauan idalara kat entri dia buat dia terasa idalara perkecilkan 'teman baru' dia...idalara minta ampun dari hujung kaki hingga hujung rambut..idalara sekumanpun tak berniat nak persendakan dia, nak hina teman baru dia..apalagi nk permainkan perwira negara seperti dia..sempena pengumuman maaf dari idalara ini..idalara tujukan lagu ini khas buat dia..sahabat idalara...muga dia mafkan idalara..

PERWIRAKU

PERWIRA... DIKAU LAH HARAPAN HATI
PENGHIBUR KALA SUNYI
PERGILAH BERBAKTI MEMBELA PERTIWI
PERWIRA..JANGANLAH KEKANDA BIMBANG
UNTUK PERGI BERJUANG
ANDAINYA KAU GUGUR JASAMU DIKENANG
DENGARLAH LAGUKU CIPTA
GUBAHAN MESRA DAN MANJA
SEBAGAI GANTI DIRI
BERSAMA KAU BERBAKTI DEMI IBU PERTIWI
KEKANDA DI MEDAN PERANG
ADINDA DI MEDAN SENI
SAMA-SAMA BERJUANG,
SAMA-SAMA BERBAKTI UNTUK IBU PERTIWI
MAJULAH KEKANDA MAJU JANGAN UNDUR
DINDA MOHON DOA RESTU..
RELA SEHIDUP SEMATI BERSAMAMU
PERWIRAKU...

Tuesday, January 27, 2009

" Jantung Al Quran"

Sabda Rasulullah SAW mengatakan bahawa Surah Yaasin merupakan 'jantung' AlQuran. Tanpa jantung manusia tidak boleh bernyawa begitulah diibaratkan.
Surah ini diturunkan khusus kepada Rasulullah SAW kerana bginda terlalu banyak menerima tentangan dalam menegakkan Agama Islam.
Surah ini menceritakan tentang keimanan: bukti2 adanya hari berbangkit,AlQuran bukanlah syair, ilmu (ilmu pertanian,ilmu falak, ilmu laut,ilmu kiamat,ilmu ciptaan manusia,ilmu kenabian Nabi Muhammad SAW dan ilmu binatang)
kekuasaan dan rahmat Allah,syurga dan sifat2 yang tidak layak bagiNYA: anggota badan manusia jadi saksi pada hari kiamat atas segala perbuatannya di dunia.
Surah Yaasin sering dibaca ketika manusia sedang menghadapi sakratul maut.
Sebenarnya membaca Surah ini memberi fadilat kepada orang yang masih hidup.
Surah ini juga dipanggil surah memudahkan sesuatu yang susah...

JIKA SUSAH HATI ATAU GUNDAH GULANA BACALAH SURAH YAASIN INI..NESCAYA ALLAH AKAN LAPANGKAN HATI KITA INSYAALLAH...


"yang kurang dan lemah adalah diriku..ALLAH jua Maha sempurna"

* Dipetik dr Usrah Datuk Dr Fatima Al Zahra

Asam Pedas Melaka



Semenjak dua menjak ni idalara mng malas sgt masak...apa taknya makan untuk 3 mulut jer..
mulut yang 2 tu kecik2 je...bf berat2 pg, tghari dah tk makan..idalara pulak...bila dah dok opis makan kt opis je lah...
Pagi td idalara rasa terlebih rajin pulak..so..inilah menu untuk hari cuti ni..(walaupun idalara tk cuti)

ASAM PEDAS IKAN JENAHAK

Ikan Jenahak 3 keping yang telah dibersihkan.
10 biji bende atau terung
Daun kesum atau daun limau purut
Serai 2 btg - di ketuk sedikit
Halba+ bawang putih dihiris - utk menumis.
Asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa.

BAHAN A
Cili kering 100gm
Belacan sebesar 3 jari
bawang besar 2 butir dibelah 4
bawang putih 8 ulas
halia stgh inci
kunyit hidup stgh inci
(kesemua bahan di atas di kisar halus)

CARA2

Tumis bahan tumis(halba dan bwg putih)
setelah agak garing masukkan cili yang
yang telah dikisar bersama bahan2 lain.
masukkan daun kesum atau daun limau dan serai.
kacau hingga naik bau.
masukkan ikan jenahak dan air asam
serta bende dan terung...
jgn lupa garam.
biar kuah mendidih dan terung serta bende
betul2 masak.

Siap untuk dihidang dengan ikan kering dan ulam2

Selamat mencuba.

"masakan dari air tangan ibu pasti buat kita menjilat jari"

Penatnya dia...


Dua hari cuti hujung minggu di campur dua hari cuti CNY, cuma 1 hari saja aku bercuti...itupun sbb balik kg jumpa mak dan abah..selebihnya aku memerap si pejabat,menyiapkan keja2 yang bertimbun..dok mengadap PC dari pagi sampai petang, berhenti Solat..makan dan ke bilik air cuma...kadang2 rasa mata tak boleh nak buka..tapi dek kerana nak capai target..dayakan juga..sudahnya inilah jadinya..hehehe..
ntah bila anak aku snap pic ni..masa aku terlentuk kepenatan...10 minit dapat lelapkan mata barulah bertenaga semula sambung keja...ada org tanya..tak jemu2 ke dok kat ofis..hmmm..ntahlah..bg aku tiada istilah jemu,boring atau malas...kerana di sinilah rezekiku dan anak2.

" ikhlaskan hati buat apa saja pasti tiada rasa jemu atau bosan"

Biarku Sendiri Menjaring Sepi

Terkadang aku ingin berlagu riang
berlari di persisiran pantai
mengejar pelangi petang
mencari jejak-jejak yang hilang
ditelan ombak semalam..........
Terkadang aku ingin menoleh kebelakang
mencari memoir semalam
yang ditinggal tanpa kesan
yang pergi tanpa ucap salam.
Sesekali aku ingin seperti dulu..
dikasihi..disayangi dan dicintai
Saat terlalu sepi begini.
Namun segalanya telah sirna
sendiri aku di kamar sepi ini
menunggu saat aku dipanggil pergi.
Berdosakah menjadi seorang AKU
yang masih memburu mimpi semalam..
mimpi indah yang akhirnya
menjadi mimpi ngeri......
Salahkah menjadi seorang AKU
yang masih setia pada janji.
Sedangkan kau ntah di mana..
dibuai mimpi indah pasti.
Duhai kenangan sirnalah dari hati ini
jangan hampiri diri ini...
Biar ku menjaring sepi sendiri.

'sesekali bila rindu menggamit..ku pejam mata
ku seru namamu"

Monday, January 26, 2009

Sambal Goreng



Adoi...bangun subuh2 tadi..jenguk kedai depan rumah..
alamak tutup lagi..ish,ish..ni yang aku nak marah ni..
org lain beraya org kita yang sibuk tutup kedai...
dah plan dalam pale otak mlm tadi..harini tak payah masak..
beli jer sarapan pagi merangkap makan tenghari.
Petang nanti ada pasar tani..cantikk..tk yah masak lagi..
ni lah perihalnya bila tkde org lelaki dalam rumah..opps..
yang dua org budak laki2 dalam rumah tu apa bende..
maksud aku..lelaki yang bernama suami...
akhirnya dtg ilham..lama gak tak buat benda ni..
Inilah yang aku masak arini...inilah sambal goreng
favourite x hsb dan anak2 Idalara....

SAMBAL GORENG

CILI YANG SIAP DIBLEND - 1 MANGKUK sedang
BAWANG BESAR 2 BUTIR - TUMBUK KASAR
BAWANG PUTIH 6 ULAS - TUMBUK KASAR
IKAN BILIS 1 MANGKUK COMEL - TUMBUK KASAR
IKAN BILIS DIGORENG GARING - UNTUK DITABUR.
SESUDU TEH GARAM HALUS
BAHAN PERASA JIKA SUKA.
MINYAK MASAK SEMESTINYA.

CARA2NYA

PANASKAN MINYAK MASAK
TUMISKAN CILI DAN KESEMUA BAHAN TUMBUK.
BIARKAN APINYA SEDERHANA.
TUMIS HINGGA BETUL2 MASAK DAN AGAK GARING.
(LEBIH KURANG 45 MINIT)UTK MEMASTIKAN
CILI BENAR2 MASAK DAN GARING SUPAYA TAHAN LAMA.
MASUK GARAM DAN BAHAN PERASA.
CAMPURKAN DENGAN IKAN BILIS YG SIAP DIGORENG.

Sedap di makan dengan roti atau cucur udang.sangat sesuai
untuk dibawa bekalan perjalanan jauh atau bila masuk hutan
mcm Kamezaim..hehehe..(sambal goreng ini boleh tahan sampai seminggu)

Kenangan Terindah


Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan kerana
Cinta yang telah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu aku mampu
Untuk mengenangmu

Darimu kutemukan hidupkh
Bagiku kaulah cinta sejati

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kau jadikan kenangan
Yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupmu
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah.

"Tiap kenangan Tetap Tersemadi di Lubuk Hati"

KekasihMU


Muga Allah jadikan pagiku cahaya
Zohorku gembira
Asarku bahagia
Maghribku keampunan
Isyakku keberkatan
Doa-doaku tidak ditolak
Diluaskan pintu rezekiku
Serta tidak diambil semula.
Dibukakan bagiku pintu Syurga
Tanpa sempadan...............
Pengalaman lepas sebagai panduan
dan azam baru sebagai halatuju
ke arah kejayaan.
Muga aku menjadi KEKASIHMU YA ALLAH.

Sunday, January 25, 2009

Hadiah Dari Seorang Teman


Hari ni aku rasa terharu dan gembira sangat..
selepas penat2 bekerja aku akan meng up datekan blog
aku yang tk seberapa ini..
tak sangka pulak bila berkunjung ke blog Kamezaim aku ternampak
ala2 nama aku kat situ..ada pulak gambar aku yang telah di blurr kan.
Gembira dan terharu atas kata2 Kamezaim " Kamezaim amat menyayangi
silaturahim ini dan berharap akan berkekalan hingga akhir hayat"
Terimakasih Kamezaim...idalara pun sangat menghargai persahabatan ini
dan berharap walau apapun berlaku kita tetap sahabat dunia dan akhirat.
Perkenalan ini sebenarnya pun tanpa disengajakan..bila singgah menyinggah
di blog teman-teman...maka terjadilah persahabatan yang agak istimewa ini.
Idalara pun nak ucapkan terimakasih kerana Kamezaim banyak memberi nasihat dan
dorongan pada idalara..apa pun tanggapan org pada kita berdua,hanya kita
yang tahu. Idalara juga ingin memohon maaf jika selama persahabatan ini
Idalara ada menyinggung perasaan Kamezaim. Muga Kamezaim akan bertemu seorg
wanita yang dapat menjadi suri hidup Kamezaim dunia dan akhirat.
Terimaksih sekali lagi kerana menghadiahkan potret Idalara di atas sana.

"Sahabat yang setia hanya kita ketahui bila kita sedang berduka"

Rindu Mengamit ku Pulang


Semalam 24hb Jan aku balik kampung,ada kenduri kat rumah sepupu aku berhampiran rumah mak...bukan lah berat sgt nk pegi rumah kenduri tu,sebenarnya aku gagahi balik (walau dah aku jangkakan tikat bas mng tkde)sebab rindu sgt kat mak dan abah aku.2 hari cuti hujung minggu di campur dengan cuti CNY ni aku dah ada target nak siapkan keja yang melambak kat ofis. Oleh sebab dah sebulan tak jumpa mak abah,aku ambil keputusan balik juga..so pg2 lagi aku call cab..menuju ke Stesen Komuter..biasalah...org penuh sesak sbb kebanyakannya nk balik kampung,tapi yang pendatang asing juga sibuk2 tu tak tahu pulak nk ke mana diaorg pagi2 hari tu...sampai Seremban..sah! tiket bas dah habis..terpaksalah naik bas Tampin..mak oii...sudahlah bas takde aircond..pale aku mulalah berdenyut2 menahan sakit..tapi wajah mak abah dah terbayang2 depan mata so aku gagahi dan harungi jua...1.30jam perjalanan sampai Tampin, naik bas nak ke Melaka Sentral pulak...sekali lagi bas takde aircond...sepatutnya perjalanan hanya 1 jam,oleh kerana kesesakkan lalu lintas maka perjlnan jadi 2 jam..demi mak dan abah tak mengapa...aku relakan apa saja asalkan aku dapat bertemu mak dan abah kat kampung. Akhirnya distinasi yang ku tuju sampai juga. Senang hatiku melihat mak dan abah tersenyum menyambut pelukan dan kucupan anaknya...bahagianya dapat bertemu mak dan abah...sementara mereka masih ada di dunia ini..atau ntah aku yang pergi dahulu dari mereka tiada siapa yang tahu...
So...teman2 yang punyai ibu dan ayah...pulanglah bertemu mereka bila ada kesempatan selagi mereka masih ada di muka bumi ini..sesungguhnya Ayah Bonda adalah harta yang tiada ternilai di dunia ini. Memandang wajah mereka adalah pahala bagi kita apa lagi membahagiakan kedua mereka.

"Ayah dan Ibu itulah permulaan kita"

Thursday, January 22, 2009

Masih Ku Simpan






Semua MMS yang ku terima ini
pernah dihantar oleh seseorang
pernah menyayangi diriku suatu masa dulu..
Masih tetap ku simpan
Walaupun sudah dua tahun
segala2nya berakhir..
aku pernah berharap satu hari nanti
dia datang mengetuk semula pintu hatiku
yang masih belum tertutup untuk dia...
Masih adakah ruang diriku di hatimu...

"kenangan indah tetap terpahat di hati"

Bila Cuti Datang Lagi

Jika orang lain sibuk menghitung hari nak bercuti
berbeza pulak dgn aku ni...
aduhhh..boringnya bila cuti datang lagi..
pulak tu empat hari..
Mana nak pegi ek..nak balik kampung..
baru sangat aku balik kg.
nak pegi makan angin..dok hotel..
makan2 shopping..aku bukannya mampu.
kalau aku buat macmtu alamat terkucillah
budjet aku bulan ni....
Kesudahanya memang aku tak bercuti..
siapkan apa yang patut kat rumah,
then datang ofis..
Bos dah siapkan keja2 yang aku kena
buat masa cuti panjang ni...
bestnya..banyaklah OT aku bulan ni ..
Alhamdulillah...so...
cuti2 tu ada hikmah buat diriku.
Tambah sedikit pendapatan dengan
bayaran OT yang aku buat.
Siap buat OT...apa lagi dok mengadap
buah hati pengarang jantung aku..
IDALARA.BLOGSPOT.COM.

Awas....Awas



Tajuk entri aku kali ni tiada kaitan langsung dengan lagu Adam yang digilai gadis2 remaja..
Cuba kauorg perhati betul2 gambar apa yang aku paparkan kat entri kali ni...mgkin yang gurls n ladies tak berapa cam..tapi mamat2 macho maupun ala2 auww msti tahu apa dia.
Aku pun tak tahu nak sebut apa tapi itulah kotak yang meyalurkan kuasa elektrik kat rumah atau kat pejabat.
Di bawah punca elektrik itu ada meter bacaan.
Kalau kau org tahu nk sebut apa sila bgtahu aku...nnti aku belanja ABC..
Sebenarnya tiba2 datang idea aku nak tulis pasal benda ni sebab dah seminggu ofis aku diganggu bau yang agak hangit dari kawasan tersebut..seriau kata org Kedah bila nak masuk atau keluar ofis,apa taknya..WAJIB lalu kat situ..apa tk seriau kot tiba2meletup.. tak ke jd ikan goreng kita org..nampak macam tak bahaya tp sebenarnya tersangatlah bahaya..tapi yang kawan2 aku kat ofis tu asyik bebel kata bau hangit,ada yang kata terbakar,ada yang kata rosak, tp nak buat apa tak tahu...hah! nenek yang dikata pemalas ni jugalah yang menelefon TNB,senang je nombornya 15454 call je..operator yang bersuara lunak pasti melayan kauorg dengan mesra alam..nyatakan alamat dan lokasi..tak sampai 30minit pakar2 dari TNB akan datang memeriksa kotak tersebut....fuhh..lega bila segalanya selesai,betullah ada kerosakan kat bahagian situ..kalau lewat beberapa jam lagi mgkin berlaku litar pintas rentunglah kitaorg kat dalam ofis tu..keluar berita "seorg penulis blog bernama IDALARA cedera kerana di jilat api..."(Mintak di simpangkan,aku tak mau mati dulu..belum sempat bertaubat..hehehe)
Setelah pihak TNB menukarkan fius dan buat apa yang patut maka tiada lagi bau hangit dan rasa bimbang..so..awas!! berhati2,jangan dilengah2kan bila ada bau hangit kat meter box letrik kat rumah atau ofis kauorg..Segera bertindak menghubungi TNB sebelum terlambat.

"Berhati,berwaspada,beringat dan bertindak cepat"

Wednesday, January 21, 2009

Sahabat


Sahabat
jika aku di tanya siapakah sahabat setiaku
pasti jawapannya adalah dirimu.
Sahabat yang pernah tertawa dan menangis bersama.
Sahabat dalam suka dan duka
Sahabat masa bahagia dan derita.
Sahabat yang hanya mengerti gelodak dijiwa.
Bertahun kita bersama...namun badai melanda
memisahkan kita berdua..
mengapa..
wahai sahabat..kita harus berpisah.
Kau yang ku kenali dulu berhati waja,
yang tak pernah kenal erti putus asa..
tiba2 tewas oleh mainan dunia.
Sahabat..aku bukan sahabatmu yang setia
tapi aku tidak pernah membuangmu
dari diary hidupku.
Aku tak akan pernah melupakanmu.
Tidak akan ada sahabat sepertimu.
Tak mungkin terpadam segala
memori sewaktu kita bersama.
Memori yang bertahun kita cipta bersama.
Sahabat..jika kau masih di sini..
datanglah kepadaku...aku tetap setia
menantimu.

Semurni Seikhlas Hati


Tadi hatiku tergerak baca kat buletin Tagged..dah agak lama tak ke sana...........
asik kat massage je nak tguk kalau ada mamat2 macho nak berkenalan...(hahahaha..gurau jer)...
Inilah yang aku dapat kat buletin..paparan seorang wanita berhati mulia,murni dan ikhlas mengorbankan seluruh harta dan tenaganya mengasaskan "Pusat Perlindungan Pernim" (gambar yang aku paparkan agar blurr kerana di ambil dr PC) Beliau menjadi pengasas dan pengerusi Pusat Perlindungan Pernim bersama suaminya yang juga menjadi tulang belakang usaha murni beliau. Calang2 wanita tidak akan mampu mengorbankan seluruh kehidupannya di sisi anak2 yatim,anak2 terbuang,ibu tunggal dan juga anak2 yang mengidap HIV dan AIDS.. jika kita merasa jijik dan takut mendekati anak2 HIV dan AIDS beliau tanpa rasa gusar,jijik dan takut mengambil anak2 sebegitu dan memelihara seperti anak kandung sendiri...!!!. Wanita berhati waja dan mulia ini bukan sedikit menerima hinaan dan kutukan kerana kerja mulia beliau,malah beliau pernah dilontar berbagai kata nista,beliau pernah dicerca kerana kononnya memakan harta anak2 yatim juga mahukan nama...siapa yang sanggup menjadi seperti Pn Norlina..tanpa memperdulikan kata nista beliau terus dengan usaha beliau...Mudah2an usaha murni beliau dan suami mendapat ganjaran yang tidak terhingga dari Allah kelak...mudah2an beliau tidak pernah rasa penat dan serik untuk terus berusaha menyelamatkan anak2 tersebut. "Selamat Maju Jaya Puan Norlina"

"Mata yang melihat tidak seberat bahu yang memikul"

Monday, January 19, 2009

Hati dan Jiwaku di sini....






BIla dah siap semua tugas yang bertimbun...sampai masa kemas apa yang patut..bila datang keja esuk..fuhhhh..damai hati tguk tempatku mencari rezeki kemas dan teratur...tapi 10 minit je...jap lagi berselerak lagi macam aritu..bak kata sorg teman...pemalasnya dia ni..tempat keja mcm kubang..hahaha...janji keja aku siap dan takde sape nak ganggu.

Riak - Syirik Paling Di Takuti

Salah satu penyakit batin atau jiwa yg paling parah kepada seorg Muslim ialah riak. Hal ini berasaskan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Sesungguhnya apa yang paling aku takuti menimpa umatku ialah riak dan keinginan nafsu yang tersembunyi di mana ia lebih tersembunyi daripada seekor semut hitam diletakkan di atas batu yang hitam pekat pada malam yang gelita." ( Hadis Riwayat Ibnu Najah dan Al Hakam).
Begitulah betapa sulitnya untuk mengawal diri daripada penyakit ini kerana ia tersembunyi dan sukar dikesan. Justeru,ulama Islam sangat memberi perhatian kepada kesan buruk penyakit riak kepada umat Islam.
Riak berasal daripada perkataan Arab Ru'yah yang bermaksud lihat. Orang yang riak ialah orang yang memperlihatkan amalannya kerana ingin mendapat pujian manusia. Riak boleh berlaku dalam pelbagai bentuk iaitu melalui fizikal,pakaian,perkataan,amalan,ramai kawan dan pengunjung.
Rasulullah SAW pernah ditanya: "bagamana untuk mendapat kejayaan? Jawab Baginda SAW : Seorang hamba yang beramal taat kepada Allah jarang beramal kerana mengharapkan sesuatu daripada manusia" (Hadis Riwayat Al Baihaqi).
Sabda Rasulullah SAW lagi yang maksudnya "Perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah syirik kecil. Sahabat bertanya : Apa dia syirik kecil itu? Sabda Baginda: Allah berkata pada hari kiamat nnti ketika Dia memberi balasan amalan kepada hambaNYa : Pergilah kamu kepada kepada org yang kamu tunjukkan amalan kamu di dunia dulu,mintalah balasan amalan kamu daripada mereka:(Hadis riwayat Ahmad dan Al Baihaqi)
Diriwayatkan Saidina Umar pernah ternampak seorg lelaki berjalan membongkokkan badannya,lantas beliau berkata: Hai si bomgkok,luruskan badan kamu,khusyuk atau rendah diri itu bukan pada fizikal, sesungguhnya khusyuk itu di dalam hati.
Abu Umamah Al Bahili ternampak seorg lelaki dalam masjid sedang menangis dalam sujudnya,lalu dia berkata: jika kamu lakukan ini di rumah kamu adalah lebih baik.
Saidina Ali berkata : "tanda orang yang riak itu tiga,dia malas jika seorg diri,ia rajin apabila di tengah orang ramai dan ia menambah amalan jika dipiji dan mengurangkan jika sebaliknya.Kebuurukan riak tidak terhitung. Apabila seseorg rasa berbeza dalam dirinya jika ia beribadat dolihat orang dan tidak dilihat itu adalah satu bentuk riak. Cara merawatnya ialah menjauhi terus daripada punca riak iaitu suka kepada kedudukan dan kemegahan.
Seburuk2 riak ialah seseorg beribadat kepada Allah kerana hambaNYa,bukan mengharapkan keredhaan Allah. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya "orang yang riak nnti dipanggil pada hari kiamat di hadapan semua makhlik : Hai penjahat,hai periak,hai penipu,amalan kamu sesat,balasannya terhapus, pergilah kamu,minta balasannya daripada org yang kamu beramal kerananya." (Hadis riwayat Ibn Abi Al Dunya)
Berdasarkan keterangan di atas sebagai seorg Muslim kita mestilah menjaga niat dalam setiap kerja amal dilakukan.Jangan sekali-kali terselit rasa selain kerana Allah, nanti di akhirat balasannya tidak akan diberi oleh Allah.

Sedarlah penyakit ini lebih parah daripada segala penyakit fizikal dunia,kerana ia akan merosakkan segala pahala yang diperlukan untuk kebahagiaan hidup kekal abadi di akhirat.

"Di petik daripada Prof Madya Dr Abdul Rashid Ahmad"

Bila Anak Asma


Ini Aiman Zarif..usia 13 tahun,anak yang 'cool' dan bertanggungjawab. Agar sabar dengan kerenah adiknya,mendengar kata dan jarang menyusahkan aku ibunya. Tapi satu penyakit yang dihidap dari baka datuk sebelah abah dia ialah lelah atau semput atau bahasa yang lebih manis asma (betul ke tak ejaanku bg perkataan asma ni tak tau lah aku)Asma yang dihidap bukan lah tahap teruk,jika tak langgar pantang larang insyaallah jarang Aiman Zarif diserang asma, mengikut kata seorang sahabat yang pernah mengikuti seminar mengenai penyakit asma ni,segala makanan yang berunsur coklat harus dielakkan,ais sudah semestinya dan makanan yang berunsur jelly. Jika terlalu penat pun boleh diserang. Inilah anakku Aiman Zarif sewaktu menerima rawatan di kelinik ketika diserang asma.
Bukan saja Aiman Zarif yang mengidap asma malah adiknya Abdullah Zaki juga mengidap sama, Abdullah Zaki lebih kerap diserang kerana dia jenis gemar makan aiskrim..makin aku larang makin kerap dibelinya aiskrim. Nak larang mcmmana,di kantin sekolah melambak air ais dijual. Sebagai ibu dan ayah aku lah yang kena pastikan agar anak2 tidak diserang asma..tapi aku hanya mampu beri nasihat dan melarang..di rumah mungkin ok jika di sekolah atau diluar, apa dayaku seorang ibu.

Sunday, January 18, 2009

Jalan ke Syurga Amat Mudah

Daripada Abu Abdillah Jabir bin Abdullah Al-Ansari,bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW : "Apakah pendapat tuan jika saya melakukan solat fardu (lima waktu),berpuasa pada Bulan Ramadhan,menghalalkan apa yang halal,mengharamkan apa yang haram dan tidak menambahkan sesuatu pun padanya,adakah aku akan masuk ke dalam syurga(Hadis riwayat Muslim)
Jalan ke syurga adalah jelas dan mudah kerana Allah sudah menentukan baginya batasan dan amalan yang menyampaikan seseorg itu kepadanya. Apa yang penting ialah iltizam seseorang melakukan apa yang difardukan serta meninggalkan perkara yang diharamkan.
Sesungguhnya Allah tidak meletakkan beban dan kesusahan yang tidak mampu dipikul hambanya. Ia sejajar firman Allah yang maksudnya : " Allah menghendaki yang mudah dan tidak menghendaki yang sukar bagi kamu"(Surah Al- Baqarah - ayat 185)
Seharysnya jika kita mengharapkan kejayaan di dunia dan akhirat,maka kita hendaklah menjadi 'tamak' untuk menduduki kedudukan tinggi di sisi Allah dengan tidak meninggalkan amalan sunat dan mendekati perkara makruh.
Apa yang paling penting kita memohon keredhaan dan rahmat Allah di dunia dan akhirat jua..renung2kan bersama.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Al Kisah Pekerja Rajin






NI lah PC Idalara...org dah pakai yang latest..idalara masih pakai window tahun bila ntah..takpe lah janji boleh buat keja...janji ikhlas dengan keja ..tak gitu? kalau org lain sibuk menghitung hari nak bercuti tapi idalara mula risau bila bnyak sangat hari cuti.....,ye lah org lain bila cuti pergi makan angin dgn husband n family,tapi idalara tak ke mana2 so mestilah boring giler bila dok rumah tanpa buat apa2..paling suka datang keja time cuti sbb takde gangguan, tiada deringan telefon, tiada gossip2 yang menambah dosa dan tak perlu tguk muka bos yang kelat..(hehehe jangan marah bos)apa pun idalara mng suka keja dan mng tkkan berhenti keja selagi tubuh badan sihat dan diperlukan..ni lah keja2 yang idalara buat...prepare Cheque untuk segala payment Semalam siapkan bayaran dermasiswa anak2 ahli yang masuk ke IPTA..seronok tenguk anak2 orang pandai2 belaka...Smlam juga idalara buat Bank Reconcilition..hah! keja ni memang perlukan penelitian..tiada gangguan dan nak kena fikir betul2..idalara bukan pandai sgt akaun tp bos amanahkan buat keja ni..so far ok lah...bila semua keja dah beres barulah idalara melayari internet pulak..dan semestinya singgah kat blog..bila ziarah kat blogger lain...fuh! rasa ketinggalan sangat...tapi tkpe..idalara skrag sdg belajar..menyahut cabaran seseorang. Selamat Maju Jaya.!!!

Friday, January 16, 2009

Bas oooo Bas



Tenguk tu..pagi2 lagi anak bungsuku Abdullah Zaki dah turun ke bawah tunggu bas nak ke sekolah..seawal 7 pagi dah di kerah abangnya Aiman Zarif menemani dia..sepuluh minit berlalu,hinggalah hampir 7.30 bas masih tak muncul..naik darah aku dibuatnya bila anak2 kat bawah menjerit kata bas tak sampai lagi..Call driver bas tu...eh...buat2 terkejut pulak..hampir tiap pagi macam ni...nak marah kat driver bas tu nanti langsung tak diambilnya..nak tak nak terpaksa tunggu jugalah..kesian anakku sampai lewat kat sekolah..siapa nak dipersalahkan? murid tu?..diriver bas tu? atau aku? aku tkde kenderaan nak hantar anak2 ke sekolah....mohon bertukar disekolah berhampiran rumah langsung tak diendah..maklumlah aku bukan isteri pilot yang keja kat KLIA,aku bukan ada sesiapa kat sekolah atau kat Pejabat Pelajaran yang kenal.aku bukan sedara mara Guru Besar atau guru2 kat sekolah yang aku nak minta tukar..aku hanya seorang ibutunggal yang miskin yang menumpang di premis Company ku bekerja..aku bukan sape2 tu sebab permohonanku tiap tahun tak pernah dilayan...walaupun alasan ku cukup kukuh...aku tiada pengangkutan untuk menghantar anak kesekolah bila di tinggal bas,aku berpendapatan rendah nak menanggung kos tambang bas sekolah...dunia semakin tak adil tapi aku harus juga hidup dalam dunia seperti ini. Sabar lah muga2 satu hari nanti belenggu kemiskinan ini dihapuskan oleh anak-anakku.

Tetap Dalam Kenangan


Bila bercerita mengenai Hand bag..aku rasa masih baru lagi aku bercerita tentangnya..tapi kali ini mengenai hand bag yang pernah ku terima dari seseorang yang istimewa dalam hidupku suatu masa dulu...masih ku simpan kemas sebagaimana ingatanku padanya yang tetap ku simpan kemas dalam sudut hatiku. Cinta yang tak kesampaian kerana dia lebih rela mengecewakan aku daripada ibunya...kerana seorang ibu aku rela mengalah,apa guna hidup bersama jika tiada restu dari ibunya.tak mungkin bahagia andai hati ibu dilukai dan dikecewakan..meskipun sudah 2 tahun berlalu namun aku tetap mengingatinya dan hand bag tanda mata hadiah darinya tetap ku simpan kemas. Inilah hand bag pemberiannya.Terima kasih M..kerana pernah membahagiakanku satu masa dulu. Muga kau bahagia dengan pilihan ibumu.

Maajun Anggun Bistari -MAB


MAB telah diamalkan sejak 20 tahun yang lalu secara tradisi untuk merancang keluarga
dan kesihatan yang berterusan. MAB membongkar rahsia maajun orang tua-tua dahulu yang sentiasa maintain,
Khasiat MAB adalah seperti dibawah mengikut keutamaan:
1. Family Planning / menjarak kehamilan /merancang keluarga.
2. Merawat keputihan yang teruk.
3. Menjaga peranakan - menyempitkan faraj wanita.
4. Membuang darah kotor / toksin melalui haid.
5. Menstabil hormon kewanitaan dalam badan dan mencantikkan kulit.
6. Memperbaiki perjalanan haid setiap bulan.
7. Mencantik dan menegangkan payu dara.
8. Melancarkan peredaran darah.
9. Melawaskan pembuangan air besar - menjaga usus.
10.Menambah tenaga sepanjang hari
11.Mengawal kolestrol dalam darah.
12.Menurun dan mengawal berat badan.
13.Awet muda.

Pastinya MAB boleh 'mengikat' suami mu wahai kaum hawa..jangan teragak2 untuk mengamalkannya, Hanya RM17.00 sebotol untuk kegunaan sebulan...murah dan mudah bukan.

Rahsia Memikat Suami


Tiba-tiba aku rasa ingin berkongsi sesuatu yang agak berguna bagi kaum sejenisku,walaupun tajuk di atas bunyi macam aku ni ada suami..hehehe tak kisahlah yang penting apa salahnya kalau aku share perkara ni dengan kaum sejenisku...tak kiralah yang ada suami atau pun tak...aku nak diaorangpun tetap maintain macam aku..(walaupun tahun ni aku menjangkau 46,namun aku still maintain ayu hahaha..jgn marah)
Rahsianya..aku tetap mengamalkan memakan tiga product yang tertera di atas...madu,jamu dan maajun. Madu..seantero dunia tahun khasiatnya so tak perlu aku jelaskan dgn panjang lebar...Maajun,pun dah beratus tahun maajun mng dikenali..seorg teman yang jadi dealer maajun ni mengesyorkan padaku maajun ni....apa salahnya aku cuba untuk kesihatan dan kecantikan luar dalam. Bila meningkat usia 40an suppliment sangat penting,bukan saja yang makanan tambahan yang tradisional tp vitamin2 juga penting..kemudian aku juga mengamalkan jamu dari HPA...PARAMARIA PLUS..khas untuk melancarkan haid, awet muda,menghilangkan keputihan,menguatkan rahim,menguatkan tulang,menghaluskan kulit,melambatkan monopous dan pastinya untuk kebahagiaan rumahtangga...jadi, jika anda berminat sila hubungi kak idalara...para suami pun jangan malu2 untuk menghadiahkah pada isteri yang kamu cintai demi kebahagiaan rumahtangga.

Tuesday, January 13, 2009

Glamour Sebentar Cuma


Cuba teka siapa ni..
hah! ni lah sebab aku suka sangat kat majalah MIDI tu..sebab penah buat sesi fotografi untuk ruangan 'tranformasi diri'
Bila dah kena 'touch up' oleh pakar solek... mak sendiri pun tak kenal anak.
tapi jangan tak tahu..kalau tguk direct...mak oiiii...macam pelakon wayang cina maaa..nak tguk cerminpun takut...
itulah teknik yang digunakan..dengan solekan yang tebal 1 inci dan kena dengan 'lighting'
wajah yang ala2 tak cun pun boleh jadi cun... so..jgn terkeliru bila tenguk artis kat dalam tv tak sama di luar!!...apa2pun aku hanya mencuba untuk hiburkan hati yang lara.

Santapan Petang


Sesampainya di rumah selepas seharian di luar..
tak menyempat2 aku ke dapur..aduh..laparnya..nak kata tak makan td masa kat rumah besanku kami dah dijamu dengan makan tengahari..
Sebenarnya..makan tak berapa kenyang..nak kata tak sedap..sedap jugalah..
malu kot..hehehe..konon...so aku pun mulalah keluarkan:
sebungkus kue tiau
Udang basah - 300 gm
kerang - 300 gm
tauge - 0.50sen
daun kuchai
cili yang siap diblend 3 sudu
tomato sos
cili sos
kicap manis
garam
Aku mula menumis cili hingga masak, campur semua jenis sos, masukkan udang dan kerang, kacau hingga sebati..tak lupa kicap dan garam kemudian masukkan kue tiau,akhir sekali masukkan tauge dan daun kuchai...hmmmm...siap untuk dihidang.nyam..nyam...

Komuter Oh Komuter


11 Jan pagi2 hari lagi aku dan dua org heroku
dah keluar rumah..nak ke Sg Buloh menziarahi anak perempuanku.
Aku menggunakan perkhidmatan Komuter,satu2nya perkhidmatan terkini,canggih dan tidak perlu mengalami kesesakkan lalu lintas.
Biasalah hari minggu...setiap stesen dipenuhi pendatang2 asing.
Lebih2 lagi di Stesen Nilai...mak oii..mcm2 bangsa aku jumpa...
di dalam perut komuter pula..kiriku mat bangla,kanan minah dan mat vietnam,depan pula minah2 indon dan negro..adoi..aku rasa macam bukan berada di Negara sendiri je.kemudahan asas kebanyakan terlebih digunakan pendatang asing,samaada yang bekerja atau belajar atau yang datang cara haram...muak dan geli geleman tguk cara mereka berpakaian dan bercakap. Bayangkan selama 45 minit terpaksa hadapi situasi begini. Fuh!nasib baik 'aircond' berfungsi dgn baik..kalau tidak bayangkanlah aku terpaksa menahan nafas dengan bau2 ketiak mat bangla,mat indon yang tengik dan memualkan(sorry lah kalau kebetulan ada mat2 yang aku sebut td terbaca hehehe)...boleh dikatakan setiap gerabak dipenuhi mereka..nak buat macammana kan...dah memang mereka terlalu ramai kat tempat kita ni...so pandai2lah kita membiasakan diri.

Koleksi Kesayangan







Bercakap tentang koleksi aku punya banyak koleksi yang jadi kesayangan.
Antara nya ini...ini hanya sebahagian antara koleksi bahan2 bacaanku di rumah..sbnrnya bnyak lagi aku dah simpan dalam kotak. Nak tahu majalah2 yang ku simpan masih kelihatan baru walaupun ada yang dah berusia hampir 10 tahun..hehehe..ini lah teman2 ku masa ku sesunyian. Novel yang paling aku suka baca dari tulisan Norhayati Berahim dan Sharifah Abu Salem..kalau dah mula membaca anak nak makan pun aku tak peduli..Majalah pula..sekarang aku lebih tumpukan pada Majalah Midi, sesuai dengan usiaku yang dah masuk 40an...banyak info2 menarik boleh aku perolehi di Majalah MIDI...dan yang lebih aku suka sebab aku pernah 'masuk' bergambar dalam Majalah kesayanganku ini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...